Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Organisasi waris MH370 bimbang operasi pencarian tidak dapat diteruskan dalam masa terdekat meskipun kontrak bersama Ocean Infinity masih berkuat kuasa hingga Jun 2026.
Transcript
00:00Organisasi waris MH370 menzahirkan kebimbangan bahawa operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin tidak dapat diteruskan dalam masa terdekat meskipun
00:14kontrak pencarian bersama Ocean Infinity masih berkuatkuasa sehingga Jun 2026.
00:20Menurut Voice 370, ketibaan musim sejuk dan keadaan laut bergelora di selatan lautan Hindi dijangka menyukarkan Ocean Infinity untuk kembali
00:29ke lokasi pencarian di kawasan yang belum diterukai.
00:35Voice 370 memaklumkan pencarian MH370 dijalankan berdasarkan model No Fine No Fee dan menggesa kerajaan mempertimbangkan serta meluluskan sebarang permohonan
00:47Ocean Infinity untuk melanjutkan tempoh kontrak pencarian.
00:51Menurut kumpulan itu, satu adanda beringkas tanpa perubahan terhadap terma utama perjanjian sudah memadai bagi membolehkan operasi diteruskan tanpa kelewatan.
01:00Kumpulan itu juga mencadangkan supaya kerajaan menilai tawaran daripada syarikat penerokaan laut dalam lain sekiranya diperlukan dengan menggunakan kerangka perjanjian
01:10yang sama sekiranya operasi semasa tidak mencapai hasil yang diharapkan.
01:15Selain itu, Voice 370 merakamkan perhargaan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan kepakaran, masa dan sumber dalam usaha pencarian sejak
01:24tragedi itu berlaku pada 2014.
01:26Tegas kumpulan itu, kehilangan 239 penumpang dan kru MH370 masih dirasai setiap hari dan pada masa yang sama, menzahirkan komitmen
01:37untuk mendapatkan jawapan yang belum terungkai sejak 12 tahun lalu.
01:413rd March 2018
Comments

Recommended