00:00Miseri kehilangan remaja lelaki yang dalam perjalanan ke Cameron Highlands sejak awal pagi Jumaat lalu,
00:06akhirnya terjawab apabila dia ditemukan meninggal dunia dalam semak di tepi jalan kampung Bukit Jeruk di kampung Beting Lintang, Jertih.
00:15Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaimi Abdul Rahim ketika dihubungi bernama Sahkan,
00:20penemuan mayat seorang lelaki bersama sebuah motosikal di lokasi terbabit oleh orang awam pada 6.40 petang Ahad.
00:31Katanya setakat ini, polis percaya mayat yang ditemui itu adalah Ahmad Azrik Zafrin Ahmad Azhar, 19 tahun,
00:39yang dilaporkan hilang sejak awal pagi Jumaat lalu oleh keluarganya.
00:44Jelasnya, mangsa dipercayai meninggal dunia pada malam selepas motosikal ditunganginya dipercayai terbabas.
00:51Rozaimi berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk pengecaman waris dan bedah siasat.
00:58Terdahulu kehilangan mangsa berlaku ketika dia bersama keluarganya dari kampung Batin Seberang Takir dalam perjalanan untuk bercuti di Cameron Highlands
01:07pada Khamis lalu.
01:09Ibu bapanya bersama ahli keluarga lain dilaporkan menaiki sebuah kereta.
01:14Kali terakhir mangsa dikesan berdasarkan CCTV berada di sebuah stesen minyak di kampung Beting Lintang pada 1.38 pagi Jumat
01:23lalu.
Comments