00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada jaguh berbasikal track negara Datuk Mohamad Azizul Hasni Awang
00:08dan ucapan itu disampaikan atas kejayaan beliau merangkul pingat emas acara kirin pada siri Piala Dunia Berbasikal Track di Perth,
00:16Australia pada Sabtu.
00:18Menerusi hantaran di Facebook pada ahad, Anwar mendoakan pelumba yang diberi julukan The Rocket Pocket Man itu terus cemelang
00:25dan membawa lebih banyak kejayaan buat negara pada kejohanan akan datang.
00:29Pelumba berusia 38 tahun itu menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengetepikan pencabar terdekatnya dari Britain Matthew Richardson
00:37di garisan penamat dengan catatan 9.862 saat manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba tuan rumah Lee Hoffman.
Comments