00:00Dalam hari itu, Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menyarankan majlis atau aktiviti di luar bangunan yang melibatkan jumlah kehadiran
00:07ramai ditangguhkan ke tarikh bersesuaian susulan cuaca panas dan jerebu pada ketika ini.
00:13Pengurusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uga Embas berkata, saranan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan pendedahan kepada keadaan
00:23kualiti udara yang tidak sihat.
00:25Sebelum itu, program Sarawak Kusayang yang dijadualkan dari 28 hingga 30 Ogos di Mukah dan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri
00:32Sarawak pada 30 dan 31 Ogos dikapit ditangguhkan.
00:37JPBNS bersama agensi berkaitan akan terus melaksanakan pemantauan dan penyelarasan tindakan berdasarkan perkembangan semasa bagi memastikan sebarang risiko kepada keselamatan
00:48dan kesihatan awam dapat ditangani dengan sewajarnya.
00:51Jawatan kuasa tersebut juga menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti di luar rumah khususnya apabila bacaan kualiti udara berada pada
00:58tahap tidak sihat atau lebih tinggi.
01:00Manakala golongan berisiko tinggi termasuk kanak-kanak warga emas, wanita hamil serta individu yang mempunyai masalah penafasan atau jantung hendaklah
01:08mengehadkan pendedahan kepada udara tercemar.
01:12Terima kasih telah menonton!
Comments