Skip to playerSkip to main content
Kes jual tanah rugi RM1.96 juta: Dua Datuk termasuk pengerusi agensi kerajaan negeri disambung reman

Dua daripada lima individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lalu berhubung kes salah guna kuasa dalam urusan pelupusan tanah milik sebuah agensi kerajaan di Pulau Pinang, disambung reman selama tiga hari lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

Kedua-dua individu berkenaan yang bergelar Datuk merupakan pengerusi agensi kerajaan serta pengarah sebuah syarikat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793255/berita/semasa/kes-jual-tanah-rugi-rm1-96-juta-dua-datuk-termasuk-pengerusi-agensi-kerajaan-negeri-disambung-reman

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesjualtanah #duadatukdisambungreman #SPRM

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua daripada lima individu yang ditahan suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM pada Jumaat lalu berhubung kes salah guna kuasa
00:09dalam urusan pelupusan tanah milik sebuah agensi kerajaan di Pulau Pinang disambung reman selama tiga hari lagi.
00:16Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki berusia lingkungan empat puluhan hingga lima puluhan itu dikeluarkan Magistret Nurhanisah S.H. Sahul
00:25Hamid di Mahkamah Magistret Georgetown pada Isnin.
00:29Sambung reman tersebut dibuat bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan berhubung kes penjualan lapan lot tanah di seberang Perai Selatan
00:38pada 2015.
00:39Sementara itu, tiga individu yang turut ditahan sebelum ini telah dibebaskan.
00:45Salah seorang peguam yang mewakili pengerusi agensi kerajaan berkenaan, Dr. Syamsir Singh Tin, berkata pihak SPRM memohon sambung reman empat
00:54hari namun mahkamah hanya membenarkan tiga hari
00:57dan reman bermula hari ini hingga Rabu.
01:00Sebelum ini, SPRM menahan lima individu termasuk pengerusi agensi kerajaan berkenaan yang disyaki menyalahgunakan kedudukan ketika menjadi timbalan pengerusi
01:10dan ahli lembaga penarah untuk meluluskan penjualan tanah kepada sebuah syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sekutunya.
01:18Urus niaga berkenaan dipercayai dilakukan pada harga lebih rendah berbanding nilai pasaran sehingga menyebabkan kerugian kira-kira 1.96 juta
01:29ringgit.
01:30Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Comments

Recommended