00:00Penggunaan lampu amaran atau siren tidak memberikan hak eksklusif lalu lintas kepada mana-mana kenderaan untuk mengabaikan lampu isyarat merah
00:10atau mengetepikan keselamatan pengguna jalan raya lain.
00:14Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Muhammad Hasbullah Ali berkata, kenderaan-kenderaan tersebut hendaklah memberi amaran
00:23mengenai kehadirannya melalui siren, loceng atau horn dua nada sebagaimana yang diperuntukkan.
00:30Katanya penggunaan lampu amaran khas itu adalah tertakluk kepada jadual ke-6 Kaedah 24B, Kaedah-Kaedah Kederaan Motor, Pembinaan dan
00:39Penggunaan 1959.
00:43Sesiapa saja tak boleh above the law, sesiapa saja tak boleh melebihi daripada undang-undang.
00:49Malah dalam sisi libat urus kita telah menyatakan dengan clear, dengan jelas, mana-mana kenderaan, ima kecemasan macam mana sekalipun,
01:00apabila sampai di lampu isyarat, kita kena pastikan pengguna-pengguna jalan raya yang lain itu dalam keadaan selamat dulu dan
01:09baru kita boleh cross.
01:10Malah ada satu kes sebelum ini ada, memandu ambulan pun ada kena cas sebelum ini.
01:16maknanya dia tak boleh simply gunakan lampu beacon light dia dan juga dia tak boleh simply pakai dia punya siren
01:24untuk dia langgar lampu isyarat tanpa dia tengok keli kanan dulu
01:28itu pasal keselamatan pengguna jalan raya yang lain lebih penting.
01:33Beliau berkata demikian selepas melawat lokasi kejadian yang mengorbankan tiga beranak akibat dilanggar lori jabatan imigresen
01:40dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur.
01:46Sementara itu, Muhammad Hasbullah memberitahu mangsa keempat yang terselamat dalam nahas itu dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di
01:56hospital Kuala Lumpur.
Comments