00:00Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini akan disusun dengan konsep ringkas, padat dan meriah.
00:10Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN, Mohd Amran Mohd Haris berkata keseluruhan acara selama 2 jam itu akan
00:19melibatkan 77 kontingen dan 10,819 peserta.
00:27Menurutnya, setiap segmen perlu disusun dengan teliti bagi memastikan tema Malaysia Madani Kesejahteraan Dinikmati dapat diterjemahkan dengan jelas kepada rakyat.
00:37Dalam tempoh masa 2 jam, kita kena pastikan konsep yang kita beri penekanan pada tahun 2026 adalah ringkas, padat dan
00:46juga meriah.
00:47Ini merupakan satu cabaran di bawah jawatan kuasa pengisian untuk memastikan dalam tempoh 2 jam, kita dapat menyampaikan mesej yang
00:55jelas kepada rakyat
00:57dan kepada mereka-mereka yang datang secara fizikal maupun yang menonton di Kaca TV bahawa usaha yang dibuat oleh kerajaan
01:04melalui tema Kesejahteraan Dinikmati dapat diterjemahkan melalui pengisian-pengisian yang ada di dalam Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2026 itu.
01:14Sambutan tahun ini turut menampilkan 11 kereta berhias berbanding 7 pada tahun lalu, meskipun permintaan penyertaan yang diterima boleh meningkatkan
01:22jumlah itu kepada 15.
01:24Antara pengisian utama ialah persembahan pembukaan gema inovasi madani yang menggabungkan alat penggendangan tradisional dan inovasi.
01:32Persembahan penutup rentak madani paluan tradisi pula akan menghimpunkan kira-kira 2,350 peserta.
01:39Faizal Tahir turut dipilih sebagai penyanyi lagu tema Hari Kebangsaan 2026.
Comments