Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Angin kencang dan keadaan kering mencetuskan kebakaran di beberapa negara Eropah sehingga memaksa ribuan penduduk berpindah.
Transcript
00:00Kebakaran hutan terus melanda beberapa negara Eropah di pacu cuaca panas, keadaan kering serta tiupan angin kencang.
00:07Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan, manakala anggota bomba perlu tungkus lumus mengawal api daripada merebak ke kawasan kediaman.
00:15Di Greece, kebakaran memusnahkan rumah dan kawasan hutan berhampiran Athens sebelum merebak ke wilayah Halkidiki.
00:21Lebih 300 penduduk dan pelancong di Siviri dipindahkan menerusi laut susulan kebakaran yang menghampiri kawasan peranginan.
00:28Di Perancis, 525 penduduk dipindahkan selepas kebakaran di wilayah Lons memusnahkan kira-kira 1,100 hektare kawasan hutan.
00:37Sepanyol pula merekodkan kebakaran hutan melibatkan sekurang-kurangnya 4,000 hektare di Nyabla dan lebih 4,000 hektare di Wesca,
00:45memaksa ratusan penduduk meninggalkan kediaman.
00:47Anggota bomba teruk bertindak melindungi biara San Juan de la Peña selepas api menghabiri bangunan bersejarah itu.
00:53Di Jerman, lebih 2,000 penduduk kampung G diarahkan berpindah apabila kebakaran hutan merebak ke kawasan berhampiran sempadan Belgium.
01:01Situasi sama teruk dilaporkan di Itali, Belanda, Serbia dan Albania.
01:06Di Croatia, kebakaran yang melanda bandar pelancongan Omis memaksa kira-kira 1,000 penduduk dipindahkan selain mencederakan puluhan individu.
01:15Sementara itu, enam kediaman terjejas dalam kebakaran rumput di Storbridge, England dengan dua individu mengalami kesan akibat haba dan asap.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended