Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Türkiye, Mesir, Indonesia, Jordan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi dan UAE mengecam penolakan Israel terhadap pelan hala tuju bagi menamatkan konflik Gaza. Mereka menegaskan penyelesaian dua negara kekal satu-satunya jalan ke arah keamanan berkekalan di Palestin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, 8 negara mengecam penolakan Israel terhadap pelan hala tuju yang dirangka bagi melengkapkan pelaksanaan rancangan damai Gaza yang disokong
00:08Amerika Syarikat.
00:09Dalam kenyataan bersama, Menteri Luar 8 Negara Terbabit menyifatkan tindakan Israel sebagai halangan kepada usaha mencapai keamanan berkekalan di Palestine.
00:208 negara tersebut adalah Turki, Mesir, Indonesia, Jordan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi dan Emirah Arab Besatu UAE.
00:28Menurut mereka, tindakan Israel bukan sahaja menjejaskan pelaksanaan pelan damai yang berkenaan, malah melemahkan usaha kolektif masyarakat antarabangsa untuk mencapai
00:36keamanan yang adil dan berkekalan.
00:39Para Menteri berkata, pelan hala tuju yang diterima oleh pelbagai kumpulan Palestine itu merupakan hasil rundingan dan usaha diplomatik melibatkan
00:46Mesir, Qatar, Turki, Amerika Syarikat, Wakil Tinggi Gaza serta Lembaga Keamanan.
00:51Menurut mereka, pelan tersebut menggariskan beberapa langkah utama termasuk pelucutan senjata secara berperingkat dan pengunduran tentera Israel.
00:59Langkah selanjutnya adalah penempatan pasukan penstabilan antarabangsa, pemindahan kuasa pentadbiran kepada jawatan kuasa kebangsaan bagi pentadbiran Gaza dan pembinaan semula
01:08Gaza pasca konflik.
01:10Mereka memberi amaran bahawa penolakan Israel terhadap pelan tersebut boleh menggagalkan usaha Amerika Syarikat untuk menematkan peperangan dan mewujudkan asas
01:18kepada keamanan jangka panjang.
01:20Kumpulan negara berkenaan teruk menyeru Lembaga Keamanan dengan sokongan aktif Amerika Syarikat mengambil langkah segera bagi memastikan pelaksanaan pelan damai
01:28itu tidak digagalkan oleh mana-mana pihak.
Comments

Recommended