Skip to playerSkip to main content
  • 16 minutes ago
Empat orang penghuni sebuah pusat jagaan di Tanjung Rambutan, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, pada Rabu atas pertuduhan membunuh dan menyebabkan kematian seorang penghuni lain minggu lalu.
Transcript
00:00Seterusnya, empat penghuni sebuah pusat jagaan di Tanjung Rambutan didakwa di Mahkamah Magistret Ipoh pada Rabu atas tuduhan membunuh dan
00:09menyebabkan kematian seorang penghuni lain minggu lalu.
00:12Ahmad Faiz Muhammad Rauhi, 35 tahun, Zaid Syari, 50 tahun, Radzuan Subuh, 55 tahun dan Abdul Halim Muhammad Nizam, 47
00:20tahun, menganggup faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Nurizan Rizwan.
00:27Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh kerana kes di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
00:33Ahmad Faiz didakwa membunuh Muhammad Fauzi Hussein, 54 tahun, di Pusat Jagaan Bakti, Jalan Bunga Cempaka, Taman Chong Kui, Tanjung
00:42Rambutan antara jam 5 petang hingga 5.41 petang 4 Ogos lalu.
00:48Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanung Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika
00:57tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.
01:01Pada proseding sama, Zaid, Radzuan dan Abdul Halim didakwa bersama-sama menyebabkan kematian mangsa yang sama di lokasi, masa dan
01:10pada tarikh sama.
01:11Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh.
01:18Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 304-A Kanung Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanung Keseksaan.
01:26Tiada jaminan ditawarkan kepada kesemua tertuduh dan mahkamah menetapkan 11 September sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan bedah siasat,
01:36perubatan penuh dan laporan-laporan berkaitan di samping laporan psiketeri untuk Abdul Halim.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended