00:00Polis menahan 12 individu terbabit dalam kes samun berkumpulan dan menyamar sebagai anggota polis membabitkan seorang YouTuber warga Taiwan di
00:08Eko Ceras Residenz di Munegara.
00:10Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Fadil Marsus berkata pihaknya menerima laporan pada 1 Ogos lalu daripada seorang lelaki warga Jepun
00:17yang memaklumkan majikannya seorang YouTuber warga Taiwan berusia 38 tahun dipukul dan disamun.
00:26Beliau berkata mangsa cedera dan kerugian dianggarkan lebih RM35,000.
00:31Siasatan mendapati motif kejadian dipercayai kerana suspek mengetahui mangsa mempunyai simpanan wang tunai dalam mata wang asing yang bernilai tinggi
00:37sekaligus menjadi pencetus kepada jenayah berkenaan.
00:40Susulan itu, bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Ceras bersama Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Kuala Lumpur melancarkan operasi
00:47khas dan menahan 12 individu di sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
00:52Menurutnya, semua yang ditahan terdiri daripada 8 lelaki dan 4 wanita warga tempatan berusia antara 26 hingga 48 tahun.
00:59Daripada 12 suspek yang ditahan, 7 dibebaskan dengan jaminan polis pada 7 Ogos lalu selepas keterangan mereka diambil manakala 5
01:06lagi direman hingga 13 Ogos ini bagi membantu siasatan.
01:09Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Kesiksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan Seksyen 395 Kanun Kesiksaan kerana melakukan samun
01:18berkumpulan.
01:19Katanya polis telah mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan dan dibawa ke muka pengadilan.
01:25Terima kasih telah menonton!
Comments