Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Blok pembangkang terdiri daripada majoriti Ahli Parlimen Pas dan Wawasan menjangkakan Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) akan dibentangkan untuk dibahaskan Ahli Parlimen sebelum satu ketetapan atau keputusan dibuat.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mereka bagaimanapun dimaklumkan pihak kerajaan bahawa laporan berkenaan hanya berstatus penerangan Menteri atau 'ministerial briefing'.
Transcript
00:00Jadi apa yang dipertikaikan oleh kami ialah
00:03Persidangan khas berkaitan dengan RCI Tabung Haji ini
00:09Dipanggil oleh Perdana Menteri
00:11Perdana Menteri yang panggil untuk dia bentang di sini
00:14Pada anggapan semua orang
00:16Laporan ini perlu dibahaskan oleh ahli-ahli parlimen
00:21Seterusnya dibuat satu ketetapan
00:24Satu keputusan, apa keputusannya?
00:27Ini tengah-tengah tak ada sidang ni kita datang
00:30Takkan saja-saja saja
00:31Tiba-tiba pihak kami telah diberitahu oleh pihak kerajaan
00:36Bahawa status laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji ini
00:41Hanya bertaraf penerangan menteri saja
00:45Ministry briefing atau information explanation itu saja
00:52Jadi ini bukan satu laporan RCI yang sebelum ini
00:56Telah dibentangkanlah parlimen sebagai contoh yang terakhir
00:59Berkaitan batu putih
01:01Kita sepatutnya membuat undian pada masa itu
01:04Tapi malangnya kerajaan tarik balik RCI itu
01:07Jadi tidak ada pengundian
01:09Jadi yang ini ini bukan saja tidak ada pengundian
01:11Di downgrade kepada penerangan menteri saja
01:14Yang pada bila-bila masa saja boleh dibuat
01:17Semasa persidangan biasa pun
01:20Ada satu sesi seorang menteri beri penerangan
01:23Itu boleh dan boleh tanya dan sebagainya
01:26Itu saja tarah
01:27Jadi atas dasar itulah
01:29Yang berhormat ketua pembangkang dan kami semua ini meminta
01:32Secara rasmi
01:34Semalam kita dah hantar surat
01:36Telah disahkan terima
01:3810 Ogos
01:39Kita memohon supaya ditangguhkan persidangan khas ini
01:43Atas alasan
01:44Orang yang membuat permohonan untuk mengadakan sidang khas ini
01:48Tidak ada
01:49Itu bukan itu saja
01:51Dia ini merupakan orang yang penting
01:53Perdana Menteri
01:54Yang sejak daripada zaman sebelum jadi Perdana Menteri pun
01:57Membangkitkan perkara ini
01:58Terima kasih
Comments

Recommended