00:00Lembaga Kemajuan Pertanian Kemumbu Kada memohon peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta
00:05bagi menghadapi risiko cuaca panas dan gelombang haba ekstrim yang boleh menjejaskan bekalan air ke kawasan tanaman padi di Kelantan.
00:14Pengurusi Kada Khalid Abdul Samad berkata, peruntukan itu selain RM880,000 yang diluluskan sebelum ini,
00:21antaranya akan digunakan untuk membeli pump mudah alih pelbagai kapasiti bagi membantu kawasan sawah yang berdepan dengan masalah kekurangan air.
00:30Beliau berkata sumber air di Kelantan secara amnya mencukupi, khususnya dari Sungai Kelantan,
00:36namun cabaran utama ialah keupayaan Kada menyalurkan air ke kawasan yang memerlukan, terutamanya ketika kemarau.
00:42Khalid berkata Kada menyasarkan lebih banyak kawasan sawah mencapai hasil sekurang-kurangnya 5 tan sehektare bagi musim pertama 2026
00:51berbanding kira-kira 17 hingga 18% pada musim sebelumnya.
00:55Beliau berkata kira-kira 41% kawasan mencatat hasil antara 4 hingga kurang 5 tan sehektare, kira-kira 40%
01:03merekodkan kurang 4 tan sehektare.
01:05Manakala anggaran 10% kawasan atas 2,000 hektare pula hanya mencatatkan hasil sekitar 2 tan sehektare akibat kemarau menyebabkan
01:15purata hasil Kada ialah 4.2 tan sehektare.
01:19Kada katanya akan mengenalpasti punca produktiviti rendah termasuk masalah air, penyakit dan musuh tanaman sebelum bantuan serta intervensi bersasar dilaksanakan
01:30bagi meningkatkan hasil dengan sasaran tiada kawasan mencatat hasil di bawah 4 tan sehektare dan sebanyak mungkin mencapai 5 tan
01:38sehektare.
01:40Terima kasih kerana menonton!
Comments