Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Polis akan memfailkan permohonan prosiding inkues selewat-lewatnya Khamis ini bagi menyiasat kematian tiga individu dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka, pada 24 November tahun lalu.
Transcript
00:00Bias Rusia Polis akan memfalkan permohonan prosiding inquest selewat-lewatnya kami sini
00:06bagi menyiasat kematian tiga individu dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November tahun lalu.
00:14Dan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' M. Kumar berkata,
00:17keputusan untuk mengadakan prosiding inquest sudah dibuat dan permohonan akan difalkan dalam tempoh dua hari
00:23bagi mendapatkan tarikh pendengaran serta tindakan lanjut.
00:27Kes Alu Gajah, sebagaimana rakan-rakan media sedia maklum, keputusan telah dibuat untuk inquest.
00:34Kita akan file untuk inquest dalam dua hari lagi untuk mendapatkan tarikh dan tindakan selanjutnya.
00:48Kumar memberitahu kesemua polis yang terlibat dalam insiden itu akan dipanggil sebagai saksi dalam prosiding berkenaan.
00:54Menurutnya, pegawai dan anggota polis yang terbabit dalam insiden tersebut ketika ini tidak aktif bertugas.
01:00Media sebelum ini melaporkan selepas meneliti Kertas Siasatan Jabatan Peguam Negara AGC
01:06memutuskan supaya prosiding inquest diadakan bagi menyiasat kematian tiga individu dalam insiden tembakan tersebut.
01:13Menurut AGC, prosiding itu untuk menentukan punca dan sebab kematian
01:17serta meneliti fakta dan keadaan yang membawa kepada kematian ketiga-tiga individu
01:22termasuk mengenal pasti sama ada wujud unsur jenayah.
01:25Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi 24 November tahun lalu,
01:30tiga lelaki berusia 24 hingga 29 tahun ditembak mati
01:34selepas seorang daripada mereka didakwa menghayunkan parang ke arah seorang korpor polis
01:39di sebuah ladang kelapa sawit di Durian, Tunggal.
01:42Insiden itu turut menyebabkan anggota polis berusia awal 30-an berkenaan
01:46mengalami kecederaan serius pada lengan kiri.
Comments

Recommended