00:00Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Juwasih, Datuk Ismail Lasim mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru hari
00:09ini.
00:09Ismail, 67 tahun, yang juga bekas pengurusi jawatan kuasa bertindak pendidikan dan modal insan negeri sembilan itu,
00:17mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhris Tuanku Munawir,
00:23di Balai Rong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini pada 11.40 pagi.
00:31Ismail, yang juga ketua UMNO bahagian Kuala Pilah, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Dun Juwasih pada pilihan raya negeri PRN
00:38Negeri Sembilan ke-16 pada Sabtu.
00:40Pelantikan Ismail menamatkan spekulasi menai tiga nama yang dikemukakan sebagai calon Menteri Besar Baharu.
00:45Selain Ismail, dua lagi nama yang disebut-sebut ialah pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan,
00:50merangkap Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, 62 tahun, yang mempertahankan Dun Pertang,
00:56serta bekas timbalan Speaker Negeri Sembilan, Datuk Mohd Asna Amin, 47 tahun, yang memenangi Dun Lengging.
01:03Keputusan PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN memenangi 18 daripada 36 kerusi Dun,
01:08manakala Perikatan Nasional PN mempunyai 11 kerusi.
01:11Jumlah keseluruhan 29 kerusi yang dimenangi kedua-dua gabungan itu membolehkan kerajaan negeri dibentuk dengan majoriti melebihi 2 per 3.
01:20Pada PRN Negeri Sembilan ke-15, Pakatan Harapan PH menang 17 kerusi diikuti BN dengan 14 kerusi dan PN 5
01:28kerusi sekaligus membentuk kerajaan negeri menerusi kerjasama PH-BN.
Comments