00:00Baik, komuniti luar bandar wajar memanfaatkan kerakan koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi melalui sektor pelancongan dan pertanian.
00:08Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Iwan Benedict, Koperasi ialah platform terbaik untuk menggerakkan keusahawanan desa
00:14selain membolehkan komuniti setempat bersaing dengan syarikat besar menerusi sokongan, bantuan dan gerakan kerajaan.
00:21Lebih 16,000 koperasi dibangunkan di seluruh negara termasuk hampir 2,000 koperasi di Sabah dengan 6 daripadanya tersenarai dalam Liga Premier Koperasi.
00:31Ini jelasnya membuktikan koperasi di Sabah juga mampu bersaing jika diberi peluang dan sokongan sewajarnya.
00:37Menurut Iwan, selepas dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, beliau mengunjungi koperasi berkenaan dan meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 untuk pelbagai pembangunan.
00:47Sejumlah RM80,000 disalurkan melalui bantuan sektor peneraja ekonomi koperasi prospek bagi menaik taraf jambatan titian, membina laluan perjalan kaki konkret dan pintu gerbang koperasi.
00:58Beliau turut memuji usaha koperasi pelancongan Tagal Kampung Likubang yang mengetengahkan aktiviti riadah sungai dan pemuliharaan ikan berasaskan Tagal sebagai tarikat utama pelancongan komuniti.
01:09Dalam hari itu, beliau berkata kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah memperkenalkan program jejak koperasi sebagai persediaan memperkukuh koperasi sektor pelancongan menjelang tahun melawat Malaysia 2026.
Comments