00:00Polis Indonesia membongkar sindiket pemberdagangan bayi yang didakwa menjual bayi menerusi platform media sosial
00:06dengan berselindung sebagai proses pengambilan anak angkat berikutan penahanan 12 suspek dan penemuan 7 bayi.
00:14Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Nunung Syafuddin berkata rangkaian itu beroperasi di beberapa wilayah sejak 2024
00:21dan mengaut keuntungan ratusan juta rupiah.
00:27Penyiasat menamakan 12 suspek mendapatkan bukti penting dan menyelamatkan 7 bayi yang menjadi mangsa.
00:34Sementara itu, pengarah unit pelindungan dan anti-pemberdagangan wanita dan kanak-kanak Nurul Azizah berkata
00:40sindiket dipercayai mengeksploitasi platform seperti Facebook dan TikTok untuk memasarkan bayi kepada bakal ibu bapa angkat.
00:48Ia menama urus niaga itu sebagai proses mengambil anak angkat atau mendapatkan hak penjagaan anak yang sah.
00:55Kegiatan itu beroperasi di Jakarta, Banten, Yogyakarta, Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Sulawesi Selatan, Jambi, Bali, Kalimantan, Kepulauan Riau
01:07dan Papua
01:08menunjukkan rangkaian yang luas dan terkoordinasi.
01:12Daripada 12 suspek itu, 8 didakwa bertindak sebagai broker yang mendapatkan dan menguruskan jualan, manakala 4 ibu bapa kandung didakwa
01:21menjual bayi mereka sendiri.
01:24Beliau berkata pihak berkuasa merampas 21 telefon bimbit, 17 kad ATM, 74 dokumen dan beg berisi bekalan bayi dipercayai berkaitan
01:34operasi haram itu.
01:36Suspek disiasat di bawah Undang-Undang Pelindungan Kanak-Kanak Indonesia yang memperuntukkan hukuman berat dalam kes melibatkan pemberdagangan dan eksploitasi
01:44kanak-kanak.
Comments