• 7 minutes ago
Washington dilaporkan mendesak Benjamin Netanyahu melaksanakan beberapa komitmen utama dalam pelan damai Gaza yang dipersetujui bersama pentadbiran Donald Trump.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Amerika Syarikat meningkatkan tekanan terhadap Perdana Menteri Sementara Israel, Benjamin Netanyahu, agar melaksanakan pelan damai Gaza yang dipersetujui bersama
00:10Presiden Donald Trump.
00:11Menurut laporan Axios, utusan Presiden Amerika Syarikat Jared Kushner menggesa Netanyahu memenuhi komitmen yang telah dibuat berhubung pelan damai Gaza
00:19yang dipersetujui pada bulan Julai lalu.
00:23Pelan 15 perkara itu bertujuan melucutkan senjata kumpulan bersenjata di Gaza dan memindahkan pentadbiran wilayah itu kepada sebuah kerajaan teknorat
00:33Palestine.
00:34Bagaimanapun pelaksanaannya dilaporkan tergendala sejak beberapa bulan kebelakangan ini, susulan ketidaktentuan politik di Israel.
00:42Washington kini dilaporkan mahu Israel melaksanakan enam langkah utama termasuk penempatan pasukan penstabilan antarabangsa atau ISF dan membenarkan pembinaan kemudahan
00:53bagi pasukan tersebut.
00:55Amerika Syarikat juga mahu 4,000 anggota polis Palestine yang diluluskan Israel dibenarkan menjalani latihan di Mesir sebelum kembali berkhidmat
01:04di Gaza.
01:04Selaras dengan itu, Washington terus mendesak kemasukan bahan pembaikan sistem air, sanitasi dan rumah muda alih bagi membantu penduduk Gaza
01:13menghadapi musim sejuk.
01:16Pejabat Netanyahu mengesahkan wujud perbincangan dengan pihak Amerika Syarikat namun tidak memberikan ulasan lanjut mengenainya.
01:23Konflik Gaza terus menjadi tumpuan antarabangsa ketika usaha mencapai penyelesaian politik dan keselamatan masih berdepan pelbagai cabaran.

Recommended