00:00Seorang lelaki tempatan berjaya lingkungan 30-an ditahan polis selepas terlibat dalam insiden kejar-mengejar dengan kereta peronda polis dari
00:08persiaran Mahogani menghala ke Sungai Buloh pada Jumaat.
00:12Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, SCP Syamsuddin Mamad, polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.42
00:19petang sebelum mendapati suspek memandu secara agresif dan berbahaya serta melanggar beberapa kenderaan awam semasa cuba melarikan diri.
00:29Dalam kejadian itu, suspek berjaya diberkas di lokasi kejadian. Lelaki berkenaan turut mengalami kecederaan akibat terkena tembakan yang dilepaskan pihak
00:38polis semasa insiden tersebut.
00:41Seorang anggota peronda polis yang terlibat dalam operasi itu juga dilaporkan cedera dan telah menerima rawatan di hospital.
00:47Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan berhubung
00:58kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya.
01:01Siasatan selari turut dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 36 kurungan 1 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 39B
01:12dan 12 kurungan 2 Akta Dadah Berbahaya.
01:15Polis berkata permohonan reman ke atas suspek akan dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.