Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Kekurangan diesel, harga bahan api tidak menentu dan krisis pemandu terus menekan industri logistik Eropah, menyebabkan ribuan syarikat pengangkutan di Hungary keluar daripada pasaran dalam tempoh lima tahun.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Industri logistik di Eropah berdepan dengan tekanan susulan turun naik harga minyak dunia yang ketara ketika konflik berterusan di Asia
00:07Barat turut menjejaskan bekalan bahan api.
00:10Syarikat logistik Hungary Supernova Intertrans yang mengendalikan kira-kira 200 luri menifatkan keadaan itu semakin mencabar bagi sektor pengangkutan barang
00:20di Eropah.
00:22Pengurus besarnya berkata harga bahan api yang tidak menentung kekurangan diesel dan masalah kekurangan pemandu antara cabaran utama yang dihadapi
00:30industri ketika ini.
00:31Menurutnya, kekurangan diesel bukan sahaja berlaku di Hungary malah mula dirasai di beberapa negara Eropah.
00:37Beliau berkata sektor pengangkutan kini turut berdepan kekurangan ribuan pemandu sekaligus menambah tekanan terhadap operasi syarikat.
00:43Katanya, kira-kira 2,300 syarikat pengangkutan di Hungary dianggarkan muflis atau menyerahkan lesen operasi dalam tempoh lima tahun lalu
00:51sekaligus keluar daripada pasaran pengangkutan domestik dan antarabangsa.
00:55Beliau berkata industri logistik biasanya menjadi antara sektor terawal yang merasai perubahan ekonomi Eropah sama ada ketika ekonomi berkembang atau
01:02merosot.

Recommended