00:00Sekurang-kurangnya lima rakyat Palestine terbunuh selepas serangan udara Israel menyasarkan sebuah bangunan pangsapuri di Gaza City pada awal Sabtu
00:07memetik Reuters antara mangsa yang terlibat termasuk seorang ibu dan anak perempuannya.
00:13Pegawai Kesihatan dan Pertahanan Awam berkata penduduk bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.
00:21Bagaimanapun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak tentera Israel berhubung kejadian berkenaan.
00:26Tahun lepas, Amerika Syarikat menjadi orang tengah dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
00:31namun rundingan masih belum mencapai persetujuan mengenai isu pelucutan senjata Hamas dan pengunduran tentera Israel dari wilayah perkenaan.
00:41Israel mendakwa Hamas kembali membina kekuatan ketenteraan dan melancarkan serangan
00:45sekaligus katanya melanggar gencatan senjata yang dicapai pada Oktober lepas.
00:51Sesudahan itu, Israel meningkatkan serangan terhadap Hamas sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
00:56Hamas bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menuduh Israel menjejaskan perjanjian damai di Gaza.