Skip to playerSkip to main content
Seorang remaja lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret Kluang pada Jumaat atas dua pertuduhan mengedar dadah disyaki heroin dan methamphetamine dengan berat keseluruhan lebih 25 kilogram (kg), pada minggu lalu.

Tertuduh, Nanda Afrizal, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norasidah A Rahman.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797795/berita/semasa/remaja-indonesia-didakwa-edar-lebih-25kg-dadah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #dadah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang remaja lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Magistrat Kluang pada Jumaat atas dua pertuduhan mengedar dadah disyaki heroin dan
00:09methamphetamine dengan berat keseluruhan lebih 25 kg pada minggu lalu.
00:15Tertuduh Nanda Afrizal, 19 tahun, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan.
00:20Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang juga buruh binaan didakwa mengedar dadah disyaki jenis heroin dengan anggaran berat kasar 17,842
00:31gram di sebuah bilik sebuah rumah di Taman Lian Seng 13 September lalu.
00:36Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengedar dadah disyaki methamphetamine dengan anggaran berat kasar 8,109 gram di lokasi dan waktu
00:45sama.
00:45Dalam pertuduhan berasingan, tertuduh turut didakwa memiliki dadah disyaki methamphetamine dengan anggaran berat kasar 5,25 gram di ruang tamu
00:56rumah sama pada waktu dan tarikh berkenaan.
00:59Tiada sebarang jaminan ditawarkan. Kes disebut semula 25 November depan bagi serahan laporan kimia.
01:06Dalam proseding sama, tertuduh berdepan pertuduhan kerana didakwa tinggal di Malaysia selepas tamat pas lawatan sosial tanpa sebab yang munasabah.
01:15Tertuduh dihukum penjara 8 bulan daripada tarikh tangkapan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Recommended