Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Yole Group dan Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) akan membawa kepakaran pasaran serta teknologi global ke Pulau Pinang menerusi Executive Masterclass sempena Silicon Malaysia Conference 2026 (SMC2026), November ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pasaran semikonduktor global dijangka mencatat hasil sehingga 2.4 triliun dolar Amerika menjelang 2021 didorong perkembangan pesat kecerdasan buatan AI
00:11yang mengubah seni bina chip serta meningkatkan permintaan terhadap teknologi generasi baharu.
00:18Menurut kenyataan bersama Yul Group dan Persatuan Industri Semiconductor Malaysia, MSIA, pasaran advance packaging pula diunjurkan meningkat daripada $55 bilion
00:28pada 2025 kepada lebih $109 bilion menjelang 2031.
00:37Perkembangan itu mencerminkan peranan semakin penting teknologi berkenaan dalam menyokong aplikasi AI dan pengkomputeran berprestasi tinggi.
00:45Seiring perkembangan industri itu, Yul Group dan Malaysia akan menganjurkan Eksekutif Master Class Sempena Silikon Malaysia Conference 2026 SMC 2026
00:55di Setia Spice Convention Center, Pulau Pinang pada 4 November depan.
01:01Program berkenaan bertujuan memberi pemahaman lebih mendalam mengenai teknologi, dinamik pasaran serta perkembangan rantaian bekalan yang bakal membentuk fasa seterusnya
01:10industri semikonduktor.
01:12Di bawah strategi semikonduktor nasional, Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan dengan advance packaging antara bidang strategik yang diberi
01:23keutamaan selain usaha membangunkan syarikat tempatan dalam reka bentuk cip dan teknologi berkenaan.
01:29Eksekutif Master Class itu turut mengetengahkan perspektif global mengenai advance packaging, integrasi heterogen dan fotonik silikon ketika Malaysia memperkukuh keupayaan
01:40teknologi bernilai tinggi.
01:42Terima kasih.
01:43Terima kasih.
01:44Terima kasih.

Recommended