00:00Pengumuman Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU yang akan dimansuhkan dianggap sebagai hadiah buat perjuangan mahasiswa sepanjang zaman.
00:07Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim ketika dihubungi Esro Awani berkata,
00:12pengumuman itu juga menjadi tanda besar terhadap komitmen kerajaan dalam meneruskan agenda reformasi.
00:19Menurut Adam, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bukan soal siapa yang menang atau pihak mana yang harus
00:26mendapat kredit.
00:26Sebaliknya, ia mengingatkan kepada wajah-wajah yang pernah berdiri bersama dalam gerakan mahasiswa.
00:32Katanya, ada antara mereka yang pernah takut namun tetap hadir selain pernah dihukum tetapi tetap terus memilih untuk bersuara.
00:40Justru, beliau menyifatkan pemansuhan AUKU sebagai hadiah buat perjuangan mahasiswa sepanjang zaman sambil merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri.
00:49Adam sendiri pernah menjadi aktivis mahasiswa yang lantang memperjuangkan kebebasan akademik.
00:54Pada 2012, jawatan kuasa tata tertib Universiti Pendidikan Sultan Idris Upsi menggantung pengajiannya selama tiga semester
01:01selepas beliau didapati bersalah atas dua pertuduhan tata tertib.
01:05Anwar pada Sabtu mengumumkan pemansuhan AUKU, akta yang digubal sejak 1971 ketika menyampaikan ucap pertama pada Kongres Nasional PKR ke
01:13-19 di Melaka.
01:15Terima kasih telah menonton!
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments