00:00Aktivis Palestine dan Israel mengiringi pemilik tanah Palestine ke kawasan milik mereka yang didakwa berdepan ancaman daripada peneroka Israel di
00:08Beit Sahur, Tebing Barat.
00:10Tindakan itu dilakukan sebagai usaha menyokong pemilik tanah yang berdepan kesukaran untuk mengakses, mengusahakan dan menjaga tanah mereka akibat tekanan
00:17berterusan daripada peneroka Israel.
00:21Pengarah Ezekutif Combatants for Peace, Rana Salman berkata, beliau menyeletai program berkenaan bagi membantu melindungi hak pemilik tanah Palestine.
00:29Rakaman dari lokasi menunjukkan beberapa peneroka Israel yang bersenjata dan membawa bendera Israel bertikam lidah dengan kumpulan aktivis.
00:37Pasukan keselamatan Israel turut berada di lokasi bagi mantau keadaan.
00:42Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Palestine dan kebanyakan negara menganggap penempatan Israel di Tebing Barat sebagai penyalahi undang-undang antarabangsa
00:49dan menjadi halangan utama kepada proses perdamaian.
00:52Bagaimanapun, Israel menolak dakwaan tersebut dan menegaskan kehadiran masyarakat Yahudi di kawasan berkenaan telah wujud sejak ribuan tahun.
01:00Menurut data PBB, seramai 18 rakyat Palestine terbunuh dalam insiden yang dikaitkan dengan serangan peneroka setakat tahun ini berbanding 17
01:07kematian sepanjang tahun 2025.
01:10Tebing Barat kini dihuni kira-kira 3 juta rakyat Palestine dan lebih 500 ribu peneroka Israel.
01:15Menurut kumpulan pemantau penempatan Israel, terdapat sekitar 146 penempatan rasmi serta 390 pos penempatan kecil di seluruh Tebing Barat.
Comments