Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
United Kingdom menandatangani memorandum persefahaman bernilai £16.3 juta bagi menyokong Angkatan Tentera Lubnan dan Pasukan Keselamatan Dalam Negeri. Program selama 31 bulan itu bertujuan memperkukuh keselamatan, kestabilan dan keupayaan institusi keselamatan Lubnan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, United Kingdom menyalurkan bantuan keselamatan bernilai 22 juta dolar kepada Lubnan bagi memperkukuh keupayaan tentera dan pasukan keselamatan negara
00:08itu.
00:09Memorandum bersefaham itu ditandatangani antara kerajaan Britain dengan Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Pertahanan Lubnan.
00:16Menurut kedutaan Britain di Beirut, program tersebut akan dilaksanakan selama 31 bulan menerusi program bantuan keselamatan dalam negeri.
00:24Menurut kedutaan berkenaan, program itu bertujuan meningkatkan keselamatan dan kestabilan negara selain memperkukuh keupayaan institusi keselamatan di Lubnan.
00:32Bantuan tersebut akan disalurkan menerusi dana keselamatan bersepadu UK.
00:37Kerjasama itu juga dijangka meningkatkan tahap penyelarasan antara Angkatan Tentera Lubnan dan pasukan keselamatan dalam negeri dalam menangani pelbagai ancaman
00:44keselamatan.
00:45Menurut kedutaan itu, program berkenaan bertujuan menyokong tindak balas yang lebih profesional, bertanggungjawab dan berkesan terhadap cabaran keselamatan semasa dan
00:54ancaman yang mungkin muncul pada masa depan.
00:56Ia turut merangkumi usaha memantaras kegerasan dan jenayah terancang serta memperkukuh keupayaan operasi institusi keselamatan negara itu.
01:03Menurut kedutaan Britain, kerjasama keselamatan antara UK dan Lubnan telah terjalin sejak 2009 dan terus diperkukuhkan menerusi pelbagai program bantuan
01:12serta pembangunan kapasiti.
01:15Terima kasih.
Comments

Recommended