Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Seorang pesara tentera mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anaknya, masing-masing berusia empat dan lapan tahun, selain mencederakan mereka dan menampar isterinya, sejak Mei lalu.
Transcript
00:00Seorang pesara tentera mengaku tidak bersalah atas 8 pertuduhan melakukan amang seksual dan mencederakan 2 anaknya, masing-masing berusia 4
00:09dan 8 tahun selain menampal isterinya sejak Mei lalu.
00:15Pertuduhan terhadap lelaki berusia 40 tahun itu dijalankan di Hospital Melaka kerana tertuduh sedang menjalani rawatan akibat sesak nafas.
00:24Hakim Raja Nur Adila, Raja Mahiaddin dan Maj. Uthman Abdul Ghani hadir di hospital dengan diiringi jurubahasa mahkamah, timbalan pedakwa
00:33raya dan pegawai penyiasat.
00:34Mengikut tiga pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual-fisikal terhadap anak lelaki berusia 8 tahun pada waktu malam dan
00:43jam 7.30 pagi.
00:44Serta terhadap anak perempuan berusia 4 tahun di sebuah rumah di Jalan TP3, Taman Pahlawan Sungai Udang pada 23 Mei
00:52lalu.
00:53Tertuduh yang tidak diwakili peguam juga didakwa atas dua pertuduhan lain iaitu melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap anak perempuannya
01:01itu di tempat sama pada 3 Jun lalu.
01:03Sementara itu tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan dihadapan Maj. Uthman iaitu dengan sengaja mencederakan isteri berusia 35
01:12tahun dengan menampar mukanya selain mencederakan dua anak kandungnya dengan memukul mereka.
01:18Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Sungai Udang Melaka pada 11 Ogos lalu.
01:23Mahkamah kemudian membenarkan jaminan keseluruhan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 21 September depan.
01:33Terima kasih.
01:33Terima kasih.
01:34Terima kasih.
01:34Terima kasih.
Comments

Recommended