Skip to playerSkip to main content
Seorang guru lelaki prasekolah di Rembau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak murid lelakinya berusia lapan tahun, April lalu.

Tertuduh, Muhamad Shazali T Sharipudin, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791688/berita/semasa/guru-prasekolah-didakwa-amang-seksual-murid-lelaki-dalam-kelas

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #GuruPrasekolah #Mahkamah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang guru lelaki prasekolah di Rembau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Seremban pada Rabu
00:05atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak murid lelakinya berusia 8 tahun April lalu.
00:14Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh Muhammad Shazali T. Sharipudin, 42 tahun,
00:21telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun.
00:27Kesalahan itu dilakukan pada 1 dan 3 April lalu di dalam kelas prasekolah sebuah sekolah di Rembau pada jam 9
00:35pagi dan 10 pagi.
00:37Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.
00:42Sebutan semula kes ditetapkan 15 September depan.
Comments

Recommended