00:00Seramai 14 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana membawa dadah dalam tempoh 7 bulan pertama tahun ini
00:07membabitkan rapasan 73.17kg dadah bernilai 5.5 juta ringgit.
00:14Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Dato' Hussein Omar Han berkata
00:18kesemua tangkapan itu membabitkan 11 lelaki dan 3 wanita.
00:23Negara yang terbabit ialah Taiwan dengan 6 kes, Indonesia 3 kes, Filipina 2 kes
00:29manakala Hong Kong, Macau dan Maldives masing-masing satu kes.
00:33Selain itu kata Hussein, 51 individu membabitkan 41 kes ditahan dalam tempoh sama ketika cuba membawa dadah keluar dari lapangan
00:42terbang antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.
00:46Tangkapan itu membabitkan individu dari 13 negara dengan pemegang pasport United Kingdom mencatat jumlah tertinggi iaitu 14 orang
00:54diikuti Malaysia 12, Singapura 8, Perancis 5, Indonesia dan Hong Kong masing-masing dua serta Jepun 2.
01:02Thailand, Ireland, Slovakia, India, Portugal dan Uganda pula masing-masing seorang.
01:09Hussein berkata tangkapan melibatkan nilai rampasan dadah sejumlah RM90 juta.
01:14Katanya berdasarkan perbandingan jumlah dadah yang dirampas PDRM di KLIA dengan jumlah yang berjaya di bawah keluar dan dikesan pihak
01:22berkuasa luar negara,
01:24kira-kira 6% daripada cubaan berkenaan berjaya dikesan di luar negara.
Comments