Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pasukan bomba kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan kaedah pencarian di permukaan air atau 'surface searching'.
Transcript
00:00Seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia 7 tahun dilapor terjatuh ke dalam sungai berhampiran sebuah pasar raya di Subang
00:08Jaya pada Isnin.
00:10Penolong pengarah operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JPPM Selangor, Ashul Rizal Asbar, dalam satu kenyataan berkata,
00:17kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang ketika mangsa sedang bermain bersama rakan-rakannya.
00:23Katanya panggilan mengenai kejadian diterima pada 8.06 malam sebelum jentera dari Balai Bomber dan Penyelamat Subang Jaya tiba di
00:32lokasi pada 8.16 malam.
00:34Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan pasukan bomber sedang giat menjalankan operasi penyelamatan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air
00:44atau surface searching.
00:46Pasukan-pasukan penyelamat di air PPDA dari Syah Alam turut dikerahkan ke lokasi bagi membantu operasi.
00:56Operasi melibatkan sembilan anggota dengan aset sebuah jentera Fire Rescue Tender FRT, dua bot dan sebuah kenderaan utiliti Triton.
Comments

Recommended