00:00Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat berpotensi untuk berkembang daripada perusahaan tempatan kepada juara nasional dan seterusnya muncul sebagai peneraju di
00:11peringkat serantau.
00:13Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, aspirasi itu penting bagi memastikan pertumbuhan pasaran modal negara terus mampan
00:22dan berdaya saing.
00:24Menurut beliau syarikat yang berjaya mencapai pemodalan pasaran antara RM100 juta hingga RM19 tidak seharusnya berpuas hati dengan pencapaian semasa.
00:34Sebaliknya mereka perlu terus meneroka pasaran baru, membangunkan keupayaan baru dan mencipta lebih banyak nilai bagi memenuhi jangkaan pelabur serta
00:44aspirasi negara.
00:45Aspirasi itu turut menjadi teras pelan indut pasaran modal 2026 hingga 2030 menyasarkan saiz pasaran modal Malaysia berkembang kepada sekurang
00:55-kurangnya RM5.8 triliun menjelang 2030 berbanding RM4.3 triliun pada tahun lalu.
01:03Amir Hamzah menegaskan penilaian lebih tinggi perlu dicapai melalui asas perniagaan yang kukuh dan bukannya bergantung kepada promosi semata-mata.
01:11Beliau turut mengingatkan bahawa amalan takbir urus korporat yang baik dan etika perniagaan yang tinggi perlu bergerak seiring dengan usaha
01:19mengejar pertumbuhan.
01:21Ini kerana pelabur kini bukan sahaja menilai prestasi kewangan malah turut menitikberatkan keupayaan syarikat mengurus risiko, memperuntukkan modal secara berkesan
01:30dan menjaga kebajikan tenaga kerja.
Comments