Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Colombia mengeluarkan amaran jingga terhadap Gunung Berapi Puracé susulan peningkatan aktiviti gunung berapi itu sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku letusan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kolombia mengeluarkan amaran jingga terhadap gunung berapi Purasi, susulan peringkatan aktiviti gunung berapi itu sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku
00:08letusan.
00:09Menurut pihak berkuasa, amaran itu dinaikkan pada 1 Ogos selepas sistem pemantauan merekodkan tahap aktiviti tertinggi sejak pemerhatian bermula pada
00:181993.
00:20Aktiviti tersebut mula meningkat sejak 20 Julai.
00:23Perkhidmatan Geologi Kolombia, SGC, memaklumkan kumpulan gas dan abu setinggi sehingga 3,400 meter dikesan keluar dari puncak gunung berapi
00:32itu dengan suhu dianggarkan sekitar 140 darjah Celsius.
00:36Selain itu, pelepasan gas sulfodioksida dan karbon dioksida turut meningkat menunjukkan aktiviti magma di bawah permukaan semakin aktif.
00:44SGC menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan gunung berapi Purasi, Piccolo dan Curi Kunga yang merupakan sebahagian daripada rantaian
00:53gunung berapi Los Coconucos.
00:56Penduduk berhampiran termasuk komuniti orang asli dan petani kini menerima bantuan serta pemantauan daripada pihak pengurusan bencana.
01:03Gunung berapi Purasi merupakan antara gunung berapi paling aktif di Kolombia. Letusan besar terakhir direkodkan pada tahun 1977.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended