00:00Kerajaan secara dasar sudah meluluskan pelan pemindahan atau evakuasi rakyat Malaysia dari kawasan berisiko di Asia Barat.
00:08Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan berkata dasar itu boleh diaktifkan pada bila-bila masa sekiranya keadaan memerlukan.
00:17Jelasnya lagi, kelulusan ini membolehkan kerajaan bertindak segera tanpa perlu menunggu keputusan baharu kabinet jika situasi keselamatan di negara terlibat
00:28bertambah buruk.
00:29Tegas Muhammad, ketika ini belum ada keperluan untuk mengeaktifkan pelan evakuasi tersebut.
00:36Majlis Keselamatan Negara MKN bersama Kementerian Luar serta agensi lain sentiasa memantau keadaan semasa.
00:43Rakyat Malaysia di negara berkenaan dinasihati untuk menghindari kawasan sensitif termasuk pangkalan tentera yang dipercayai menjadi sasaran serangan balas.
00:53Selain itu, Muhammad meminta rakyat Malaysia yang terkandas untuk memaklumkan semula status perjalanan mereka kepada kudutaan Malaysia selepas memperoleh pengesahan
01:04penerbangan pulang.
01:05Ini supaya urusan penyelarasan bantuan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
01:10Seterusnya, orang ramai yang ingin menunaikan umrah juga dinasihati menangguhkan hasrat itu berikutan keadaan keselamatan di kawasan berkenaan masih belum
01:20stabil.
01:21Setakat Jumaat, sebanyak 2,367 rakyat Malaysia dilaporkan masih terkandas di beberapa negara termasuk Jeddah, Qatar, Madinah dan Abu Dhabi.
01:32Terima kasih telah menonton!
Comments