00:00Dua lagi individu ditahan bersabit kes melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki Komanda Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
00:08EKPS Bukit Kayu Hitam pada pagi Rabu lepas.
00:11Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasir Tuan Ismail berkata, kedua-dua tangkapan terbaru itu melibatkan lelaki berusia 51 dan
00:1958 tahun.
00:22Beliau berkata susulan insiden tembakan itu, Komanda EKPS Bukit Kayu Hitam Senior Assistant Commissioner Muhammad Nasaruddin M. Nasir telah memaklumkan
00:31polis bahawa dirinya diikori individu tidak dikenali sebelum kejadian.
00:36Apabila kita mulakan siasatan awal, pihak polis memaklumkan kepada saya bahawa dua nama ini ditimpulkan oleh komanda kita lah.
00:52Komanda yang merasakan untuk beberapa tempoh kebelakangan ini dia terasa diikori.
01:09Dalam perkembangan sama, Saifuddin memaklumkan bahawa pihaknya akan memastikan kawalan di sempadan negara akan diperketatkan termasuk melalui pengaktifan protokol kawasan
01:18perimeter.
01:19Ketika ditanya mengenai sama ada insiden tembakan tersebut melibatkan pihak dari negara luar, beliau memaklumkan siasatan lanjut berhubung perkara itu.
01:27sedang dilakukan memandangkan kejadian berlaku di sempadan selain salah seorang suspek adalah warga Thailand.
01:34Terdahulu polis menahan tujuh suspek termasuk seorang wanita warga negara Thailand berusia antara 22 hingga 52 tahun selepas disyaki terlibat
01:44dalam kes tembakan ke arah kenderaan yang dipandu komanda EKPS di Bukit Kayu Hitam pada Rabu.
Comments