00:00Waktu siang bulan Ramadan dicemari dengan aktiviti pelacuran yang berselindung di sebalik bangunan terbiar dan rumah usang di jalan kamp
00:08di Kelang digempur pada Selasa.
00:11Serbuan bermula kira-kira jam 1.15 minit petang dijalankan bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat D7, Jabatan Siasatan Jenayah,
00:19Ibu Pejabat Polis Kontingen Selangor dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia serta Majlis Bandaraya di Raja Kelang.
00:37Tinjauan Nesro Awani mendapati terdapat pemasangan dinding partisyen haram sebagai bilik kecil bagi aktiviti seks di premis terbabit.
00:47Biarpun keadaan bangunan yang kotor, berhabuk serta berbau.
00:52Selain itu, terdapat pintu rahsia bagi membolehkan mereka melarikan diri sekiranya diserbu.
01:01Turut ditemukan tisu dan kondom di premis terbabit.
01:07Ketika serbuan, terdapat beberapa cubaan wanita untuk melarikan diri selain penghuni yang enggan memberi kerjasama membuka pintu.
01:17Seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Mimi mendakwa.
01:21Dia menawarkan aktiviti seks sejak dua bulan lalu dengan harga RM70.
01:29Katanya bilik berkenaan disewanya dan bayar kepada seorang lelaki setiap bulan.
01:35Dia juga mendakwa kebiasaannya dia menerima lima pelanggan sehari dalam kalangan warga tempatan dan asing.
01:44Dia juga mendakwa mengambil dadah yang dibeli RM50 untuk sekali hisap.
01:50Dalam serbuan terbabit, seramai 23 orang ditahan terdiri 17 wanita dan seorang lelaki berpakaian wanita disyaki pelacur, seorang penjaga dan
02:01empat pelanggan.
02:02Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Kelang Selatan untuk proses dokumentasi.
Comments