Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pemimpin hak sivil Amerika Syarikat, Jesse Jackson meninggal dunia pada usia 84 tahun. Keluarganya menyifatkan beliau sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang memperjuangkan nasib golongan tertindas di seluruh dunia. Jackson, figura penting di Chicago dan tokoh pidato berpengaruh, disahkan menghidap Parkinson pada 2017.
Transcript
00:00Pemimpin hak sivil Amerika Syarikat Jesse Jackson meninggal dunia pada selasa di usia 84 tahun.
00:08Kenyataan dikeluarkan keluarga dan pertubuhan yang diasaskannya, Rainbow Push Coalition, menyebut Jackson mehembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga.
00:18Jackson dikenali sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam gerakan hak sivil dan pernah berjuang di sisi Dr. Martin Luther King
00:25Jr.
00:26Beliau turut menyertai gerakan protes era 1960-an dan memainkan peranan penting dalam memperjuangkan hak pengundi dan menentang diskrimasi kaum
00:34di Amerika Syarikat.
00:36Selain aktif sebagai pejuang hak sivil, Jackson juga tampil sebagai tokoh politik apabila bertanding dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat bagi
00:43Parti Demokrat pada 1984 dan 1988
00:47sekaligus membuka laluan baru kepada jalur Afrika Amerika Syarikat dalam politik arus perdana negara itu.
00:53Mendiang dikenang di pentas antarabangsa atas peranannya dalam rundingan pembebasan tebusan serta advokasi terhadap demokrasi, kebebasan dan keadilan sosial.
01:03Sepanjang kerjanya, Jackson menerima pengiktirafan meluas termasuk lebih 40 ijazah kehormat daripada universiti terkemuka selain anugerah pingat kebebasan Presiden pada
01:132000.
01:15Keluarganya menyuruh orang ramai menghormati kenangan Jackson dengan meneruskan perjuangannya menegakkan keadilan dan kesaksamaan.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended