00:00Cadangan kolaborasi agung oleh UMNO untuk menghimpunkan parti politik Melayu-Islam mungkin menjadi retorik,
00:07yang ada beza dengan gerakan lain yang berdepan cabaran membawa pimpinan utama ke meja rundingan, kata penganalisis.
00:16Syazah Syukri dari Universiti Islam Antarabangsa berkata,
00:19usaha itu mungkin tidak ke mana tanpa komitmen ketua-ketua parti untuk membincangkannya secara serius.
00:26Mengulas cadangan kolaborasi agung yang diumumkan Presiden UMNO Zaid Abidi semalam,
00:32Syazah berpandangan cabaran utama adalah untuk membawa ketua parti duduk semeja dan membincangkan struktur gabungan.
00:41Mengumumkannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2025,
00:44Zaid mengakui sudah ada pihak merisik dan meminang UMNO untuk kerjasama lebih rapat dan beliau secara terbuka menerimanya
00:53dengan syarat tidak mengganggu kestabilan kerajaan perpaduan.
00:58Syazah juga membangkitkan beberapa persoalan yang dijangka menjadi cabaran dan pertimbangan utama kepimpinan parti
01:04dalam menjayakan kerjasama tersebut, khususnya isu hubungan antara parti komponen.
01:10Menurutnya potensi UMNO menjadi dominan meskipun PAS memiliki lebih banyak kerusi parlimen
01:16menimbulkan kebimbangan berulangnya pertelingkahan seperti PAS Bersatu
01:21selain persoalan masa depan BN, MCA dan MIC.
01:25Zain Aima Mama Yusuf, FMT
Comments