00:00Agenda reformasi yang giat dilaksanakan berada di landasan betul, tegas timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menyangkal dakwaan segelintir pihak bahawa usaha pembaharuan kerajaan bergerak terlalu perlahan.
00:14Zahid mempertahankan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim sambil berkata, kerajaan sediada terlebih dahulu perlu membersihkan pelbagai kelemahan dan kerosakan yang ditinggalkan oleh pentadbiran terdahulu.
00:27Justeru katanya tidak wajar kerajaan dituduh terlalu berhati-hati atau lambat dalam melaksanakan reformasi institusi kerana setiap gerak kerja ada susur galurnya.
00:39Zahid turut mengingatkan kerajaan perpaduan telah mencatatkan pelbagai pencapaian yang boleh dinilai sendiri oleh rakyat termasuk pada peringkat antarabangsa.
00:47Anwar pada 5 Januari lalu mengumumkan kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah reformasi institusi antaranya membentangkan rang undang-undang untuk mengahadkan tempoh seseorang memegang jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun.
01:02Kadija Juno, FMT
01:05Terima kasih telah menonton!
01:06Terima kasih telah menonton!
01:06Terima kasih telah menonton!
Comments