00:00Kes saman fitnah membabitkan dua bekas Menteri Tuan Ibrahim Tonman dan Rafizi Ramli diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
00:10Saman itu difalkan Tuan Ibrahim yang juga timbalan Presiden PAS terhadap dakwaan Rafizi berubah isu kelulusan projek bernilai RM2 bilion selepas pembubaran Dewan Rakyat pada 2022.
00:22Peguam Yusfarizal Yusof yang mewakili Tuan Ibrahim memaklumkan kepada pesuruh jaya kehakiman Mahkamah Tinggi, Avinda Singil, bahawa plaintiff dan defendant telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah.
00:37Yusfarizal berkata berdasarkan perbincangan, plaintiff bersetuju menarik balik tuntutan tanpa kebebasan untuk menfalkan semula.
00:44Dalam kenyataan bersama, Rafizi dan Tuan Ibrahim berkata mereka bersetuju menyelesaikan salah faham itu demi kepentingan awam dan kestabilan politik.
00:54Tuan Ibrahim memfalkan saman itu pada 2022 dengan mendakwa Rafizi telah memfitnahnya apabila menyatakan beliau meluluskan penganugerahan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion kepada sebuah syarikat berkaitan UMNO selepas pembubaran Parlimen.
01:09Haile Izzati, FMT
Comments