00:00Bekas Naik Presiden MCA, T. Liangke, akan terus bersuara menentang kepatuhan buta tuli kepada Barisan Nasional
00:07selepas beliau dikatakan tidak bertanggungjawab kerana mengkritik partinya baru-baru ini.
00:13Beliau berkata MCA perlu kekal setia kepada BN tetapi kesetiaan tidak bermakna berdiam diri.
00:18T. yang mendesak pucuk pimpinan MCA membuat keputusan berhubung masa depannya dengan BN berkata
00:24kesetiaan tanpa keberanian hanyalah kehambaan yang tidak akan menang dalam pilihan raya.
00:30Beliau turut meramalkan masa depan suram bagi MCA sekiranya parti itu dilihat lemah
00:34atau bertolak ansur dengan budaya budak suruhan yang mungkin mengebirakan pemimpin atasan buat sementara
00:41namun ia tidak akan memulihkan kredibiliti parti apatah lagi mengembalikan kekuatan BN yang sudah hilang populariti.
00:48T. berkata demikian selepas Ketua Penerangan Pemuda MCA Niao Chu Xiong mempertahankan pendekatan parti itu terhadap masa depannya dalam BN
00:57dan mengifatkan ia politik bertanggungjawab bukannya menembak kaki sendiri.
01:02Niao turut menggesa T. menawarkan penyelesaian membina bukannya menimbulkan keraguat.
01:07Hailey Izati, FMT
Comments